MAJLIS APRESIASI PERSATUAN KEMASYARAKATAN MELAYU TAWAU DENGAN MENYAMPAIKAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA AHLI AHLI YANG TERLIBAT DAN MENYUMBANG TENAGA DAN USAHA SEMASA FESTIVAL KEBUDAYAAN ANTARABANGSA TAWAU TAHUN 2016.

7 Januari 2017 , Taste of Grill Sabindo Tawau - Majlis Apresiasi Persatuan Kemasyarakatan Melayu Tawau ( PKMT ) telah diadakan di Taste of Grill Sabindo Tawau bersebelahan Pejabat Tawau Car Parks. Tujuan majlis diadakan ialah untuk memberikan Sijil Penghargaan kepada Ahli ahli PKMT yang telah menyumbang tenaga dan usaha semasa berlangsung nya Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau Tahun 2016. Ini termasuklah Kumpulan Persembahan Tarian , Persembahan Seni Silat dan Petugas digerai PKMT.

Dalam ucapan Ybhg.Tuan Hj.OKK Kee Ayub bin Hj.Kee Abubakar Presiden Persatuan Kemasyarakatan Melayu Tawau ( PKMT ) mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan ADUN N.56 Apas Ketua Bahagian UMNO P.190 Tawau merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah ke Majlis tersebut.
Ybhg. Datuk Hj.Kamil bin DSP Hj.Kassim pernah memimpin Persatuan ini sebagai Presiden PKMT sebelum diambil alih oleh Ybhg.Tuan Hj.OKK Kee Ayub bin Hj.Kee Abubakar. Persatuan Kemasyarakatan Melayu Tawau, dulunya dikenali sebagai Persatuan Kemasyarakatan Melayu Tawau sebelum diubah namanya pada tahun 1992. Diubah daripada `Kemasyarakatan' kepada` Kebangsaan' supaya orang tidak keliru. PKMT telah mempelopori perjuangan Melayu di negeri ini, tanpa mengira suku dan etnik. Kita teruskan perjuangan PKMT, ia telah berjuang sejak zaman British, perjuangan yang berhemah, tanpa perlu cabut keris tetapi persatuan itu menjadi wakil kepada masyarakat Tawau ketika itu. PKMT berjaya menyampaikan aspirasi masyarakat ketika itu, sehingga PKMT menjadi sebuah persatuan yang dihormati. PKMT dihormati kerana pemimpin-pemimpinnya memperjuangkan semua masyarakat Melayu, bukan kaum mereka. Mereka perjuangkan masyarakat Melayu tidak peduli sukunya,. Jadi kita mahu PKMT teruskan perjuangan. PKMT melahirkan ramai pemimpin, yang mempunyai kebolehan masing-masing. PKMT tidak perjuangkan individu tapi kita memberi komitmen untuk memperjuangkan masyarakat kita.
Ketika awal penubuhan Persatuan ini secara rasmi pada tahun 1949, ahli-ahli pertubuhan ini telah melantik Penghulu Abu Bakar menjadi pengerusi pertamanya sebagai menghormati beliau kerana beliau adalah pemimpin orang-orang Melayu di Tawau yang paling disayangi dan amat berjasa kepada orang Melayu pada ketika itu dan ketika zaman penaklukan tentera Jepun. Beliau memegang jawatan pengerusi sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1953 dan digantikan oleh anak didiknya yang juga menantu kepada abangnya iaitu Datuk Titingan Damsani atau lebih dikenali sebagai Abu Bakar Titingan.

Pihak Persatuan amat menghargai diatas kehadiran Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan ADUN N.56 Apas merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah untuk menyampaikan Sijil kepada penerima.
Ketika pra-kemerdekaan iaitu selepas tahun 1945, telah lahir sebuah persatuan melayu di Tawau yang berperanan besar dalam menyatukan semua orang-orang Melayu di Tawau . Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau ( PKMT ) sebenarnya diasaskan pada tahun 1938 oleh Penghulu Abu Bakar dan kemudian diperkasakan oleh barisan pemimpin muda Melayu ketika itu iaitu Datuk Abu Bakar Titingan sebagai setiausaha PKMT bersama pemimpin pemimpin Melayu yang lain seperti Haji Abdul Karim Drahman, Datuk Kassim Kamidin, Datuk Hj Ahmad Ayid dan OKK Penghulu Hj.Jainal Kerahu dan banyak lagi. Persatuan ini ditubuhkan untuk menjaga dan mempertahankan hak dan kepentingan orang-orang Melayu di Tawau. Antara perjuangannya juga ialah memajukan taraf pendidikan anak anak orang orang Melayu ekoran dari perjuangan yang dibangkitkan oleh sebuah persatuan guru-guru sekolah melayu terdahulu iaitu Persatuan Sahabat Pena Tawau yang diasaskan pada tahun 1936 oleh Cikgu Sulaiman dan ( nama sebenarnya ialah Kee Sulaiman iaitu abang sulung kepada Penghulu Abu Bakar ) dan Cikgu Osman ( guru sekolah melayu berasal dari Tanah Melayu ) yang banyak berjasa di Tawau .

Ucapan terima kasih kepada Presiden Persatuan kerana sudi menjemput beliau keacara tersebut dimana Persatuan PKMT bukan lah asing bagi beliau. Beliau amat bersenang hati dan berharap Persatuan ini dapat menjalankan aktiviti nya seperti yang dirancangkan dan dengan itu beliau berjanji untuk membantu bagi menambah tabung Kewangan Persatuan tersebut. Dimasa yang sama atas permintaan anak anak Muda dikalangan Ahli Persatuan berminat untuk mengumpulkan artifak lama yang disimpan oleh penduduk Tawau dengan menyediakan tempat untuk dipamerkan kepada orang ramai bagi menyemarakkan lagi semangat kesatuan orang orang Melayu Tawau. Usaha menubuhkan Galeri bahan sejarah dan artifak berkaitan Tawau akan mula digerakkan oleh PKMT dengan sokongan padu daripada YB Datuk Haji Tawfiq Titingan. Beliau bersetuju untuk menyediakan peruntukan bagi baikpulih atau renovation keatas bangunan atau tempat yang dikenalpasti kelak.

Dari penubuhan persatuan oleh guru guru Melayu , Persatuan Sahabat Pena pada tahun 1936 tercetuslah idea penubuhan Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau ( PKMT ) pada tahun 1938 . Namun selepas orang-orang Melayu hidup menderita ketika era zaman perang Jepun, persatuan PKMT inilah yang berperanan besar dan bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyatukan masyarakat Melayu Tempatan. Seterusnya menyahut seruan untuk menyokong dan bersama-sama dengan Tun Datu Mustapa bin Datu Harun melalui parti keramat USNO bagi menuntut kemerdekaan Sabah dengan pembentukan Malaysia pada 31 Ogos 1963 dimana Sabah dengan rasminya telah merdeka dalam pembentuk Malaysia pada 16 September 1963. Pada bulan Mei 1963, dalam mesyuarat agung USNO Tawau, 200 perwakilan telah bersetuju melantik Datuk Abu Bakar Titingan sebagai Pengerusi USNO Cawangan Tawau menggantikan pengerusi sebelumnya OKK Penghulu Jainal Kerahu yang bersetuju untuk melepaskan jawatan kepada orang yang lebih berwibawa demi kemajuan dan masa depan anak bangsa Melayu di Tawau. Persatuan ini mempunyai Sejarah yang panjang yang bermula pada tahun tersebut hingga kehari ini dimana Pemimpin nya silih berganti ibarat kata pepatah patah tumbuh hilang berganti.

En.Basir bin Yahyah Kreah menerima Sijil Penghargaan dari Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan disaksikan oleh Presiden PKMT Tuan Hj.OKK Kee Ayub bin Kee Abubakar dan Penasihat PKMT Tuan Hj.Husin bin Abdul Rahim.

Tuan Hj.Sabturani bin Angsa @Om menerima Sijil Penghargaan daripada Yang Berhormat Datuk Tawfiq .Semasa Festival Kebudayaan tersebut beliau telah mempamerkan barangan antik dan Musik musik lama iaitu lagu lagu 60an dengan rekod player lama.Tuan Hj.Sabturani adalah seorang peminat seni yang telah mengusahakan kawasan rekreasi dan santai dipantai Batu Payung Tawau beliau telah menamakannya USBA. Disana disediakan sebuah Jetty sepanjang 50 meter untuk para pengunjung riadah dan memancing , juga disediakan kawasan padang permainan untuk bola tampar dan sepak takraw. Rumah beliau telah dijadikan tempat simpanan barang barang antik yang telah dihantar oleh penduduk sekitar untuk dipamerkan kepada orang ramai , rumah itu kini dikenali sebagai Rumah Warisan USBA.Beliau juga sentiasa membuat pameran gambar gambar lama terutama gambar gambar Tawau dan Penduduknya sewaktu ketika dulu.

Menerima Sijil Penghargaan daripada YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan yang disaksikan oleh Tuan Hj.OKK Kee Ayub bin Hj.Kee Abubakar dan Tuan Hj.Husin bin Abdul Rahim.

Antara para jemputan dan Ahli Jawatankuasa PKMT Yang hadir bagi menyaksikan penyerahan Sijil Penghargaan kepada penerima penerima.
Pada tanggal 16 September 1963, seramai lebih daripada 5000 orang-orang Melayu di Tawau berduyun-duyun datang dan berkumpul dengan rasa syukur dan bangga di Padang Bandaran Tawau untuk menyambut detik kelahiran sebuah Negara Baru Malaysia bersama Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura.
Perjuangan orang-orang Melayu di Tawau dan di Sabah umumnya terutama di dalam menegakkan hak dan kepentingan mereka walaupun telah dijajah British dan Jepun lebih 120 tahun adalah didorong oleh keberanian dan kesungguhan para pemimpinnya yang terdahulu.

Mengikut sejarahnya, kepimpinan orang-orang Melayu di Tawau adalah mengikut beberapa peringkat.
Pada awal 1910an hingga 1920an iaitu ketika awal kedatangan British, pemimpin-pemimpin yang menyumbangkan jasa adalah OKK Kee Abdullah, Habib Sheikh, Imam Mustapha, Encik Alang (berasal dari Sumatera), Serang Saman dan Imam Salleh (Kalabakan).
Pada dekad 1930-an dan 1940-an pula iaitu termasuk ketika pendudukan tentera Jepun , barisan kepimpinan orang-orang Melayu dibarisi oleh OKK Abu Bakar, Habib Hussein (dibunuh oleh askar Jepun bersama Stephan Tan dan beberapa pemimpin masyarakat lain), Haji Abdul Karim Haji Drahman (Pengasas Persatuan Islam Tawau) dan Imam Galundang (Tanjung Batu).
Manakala di dalam era tahun 1950-an dan 1960-an pula sewaktu perjuangan menuntut kemerdekaan, orang-orang Melayu dipimpin oleh Datuk Abubakar Titingan, Datuk Kassim Kamidin, OKK Penghulu Jainal Kerahu, Imam Awang dan Habib Hassan (Pasir Puteh).
END
No comments:
Post a Comment