Sunday, 3 September 2017

MERDEKA - PERANAN DAN PERJUANGAN PKMT




Sebelum pengumuman Tunku Abdul Rahman untuk membentuk Malaysia belum wujud lagi parti-parti politik di Negeri Sabah. Parti-parti politik mula ditubuhkan apabila usul cadangan penggabungan dilakukan untuk mengemukakan pandangan dan mendapatkan sokongan tentangan cadangan pembentukan Malaysia. 

    Donald Stephens @ Tun Hj.Mohd.Fuad Stephen

Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) telah ditubuhkan pada Jun 1961 yang dipimpin oleh Donald Stephens. Donald Stephens dilahirkan pada 14 September 1920. Beliau kemudian nya dikenali sebagai Tun Haji Mohammad Fuad Stephens selepas memeluk agama Islam. Selain daripada Tun Datu Mustapha, Tun Fuad juga merupakan salah seorang tokoh penting yang telah membawa negeri Sabah daripada terus berada dalam jajahan Britain. Beliau merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia. Beliau telah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) pada tahun 1961 yang telah menyatukan masyarakat Kadazan dan Dusun. Beliau juga merupakan bekas seorang wartawan dan beliau telah mengasaskan surat khabar tempatan yang dikenali sebagai Sabah Times kerana menyedari pentingnya penyampaian maklumat pada ketika itu.

     Tun Datu Hj.Mustapha bin Datu Harun

Pertubuhan kebangsaan Sabah Bersatu ( USNO ) pula ditubuhkan pada 23 Disember 1961 di Kudat ,  yang dipimpin oleh Datu Mustapha bin Datu Harun. Datu Mustapha menubuhkan parti USNO sebagai satu wadah penting untuk menuntut kemerdekaan Sabah dan sebagai persedian untuk menerajui pemerintahan baru yang diwakili oleh Bumiputera negeri ini. Pada dasarnya, beliau adalah antara tokoh yang menyokong utama pembentukan Malaysia dan beliau adalah antara tokoh yang memainkan peranan penting dalam memperjuangkan kemerdekaan Sabah melalui rundingan-rundingan dengan Kerajaan Malaya dan Britain yang mana akhirnya lahirlah Malaysia pada 16 September 1963.


Parti Pasok Momugun ditubuhkan pada Jun1966 yang dipimpin oleh G.S. Sundang dan Parti Demokratik dipimpin oleh Peter Chin. Sama seperti diSarawak, parti-parti di Sabah ini juga menentang dengan alasan yang sama iaitu UNKO bimbang orang bukan Melayu dan kaum peribumi Sabah kehilangan identity dan dikuasai oleh orang Melayu, politik dan ekonomi Sabah akan dikuasai oleh Kerajaan Pusat, mahukan kemerdekaan terlebih dahulu diberikan serta bimbang tentang isu kemajuan ekonomi dan sosial. 

 
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Setelah lawatan Tunku Abdul Rahman pada Jun 1961 yang menjelaskan kedudukan penggabungan tersebut akhirnya parti-parti politik Sabah bersetuju untuk menyertai gagasan Malaysia. Dalam pada masa yang sama Sabah dan Sarawak telah buat tuntutan sebagai syarat untuk menyertai Malaysia. Syarat ini dikenali sebagai Perkara 20 yang dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia yang baru oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan yang bertujuan untuk melindungi hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak. Perkara 20 tersebut merangkumi Ketua Negeri, Bahasa Kebangsaan, Agama Islam, kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan hal ehwal imigresen, kerakyatan, peruntukan kewangan dan pelajaran. Setelah bersetuju dengan syarat tersebut barulah penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak dilakukan.
 
Idea penubuhan Malaysia bukanlah semata-mata untuk membentuk sebuah negara yang lebih besar. Tunku Abdul Rahman mengambil kira banyak faktor dalam pemilihan wilayah-wilayah yang terbabit. Antara faktor – faktor tersebut ialah mengelak ancaman dan pengaruh komunis, memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura, kemajuan ekonomi bersama, mempercepatkan proses kemerdekaan, dan menjaga kepentingan kaum bumiputera.Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis yang kian bertambah di Singapura dan situasi politik pada tahun 1950–an. Ejen – ejen komunis telah meresap masuk ke sekolah cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, komunis telah menganjurkan satu permogokan di sebuah syarikat bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan.Selain itu, Parti Tindakan Rakyat ( People’s Action Party – PAP ) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew yang memerintah Singapura waktu itu sedang mengalami kemerosotan akibat komunis yang merampas pucuk pimpinan PAP. Fenomena ini dapat dilihat apabila PAP kalah dalam pilihan raya kecil di kawasan Hong Lim kepada Ong Eng Guan dari Parti Rakyat Singapura ( United People’s Party – UPP ) pada bulan Mei 1961 dan pilihan raya di kawasan Anson kepada Parti Buruh pada bulan Julai 1961. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir golongan berhaluan kiri dari PAP.
Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan komunis iaitu Barisan Sosialis dibawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Keadaan ini telah membimbangkan Persekutuan Tanah Melayu dari segi urusan politik dan ekonomi sekiranya PAP digulingkan. Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap masuk ke Tanah Melayu. Diharapkan dengan gagasan Malaysia, hasrat komunis menguasai Singapura gagal dan seterusnya dapat menyekat pengaruh mereka.


MEMBERI KEMERDEKAAN KEPADA SABAH , SARAWAK , BRUNEI DAN SINGAPURA
 
Melalui penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri – negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei, dan Singapura akan mendapat kemerdekaan yang lebih awal daripada yang dijangkakan. Ini memandangkan negara- negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British sewaktu cadagan ini ditimbulkan. Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkan dalam status cadagan negeri jajahan, manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.

Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan komunis ditubuhkan tetapi dibubakan semasa Darurat. Walau bagaimanapun, satu pertubuhan komunis sulit iaitu Persatuan Belia maju Sarawak telah bergerak di kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat Cina menentang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak ( SUPP ) telah dipengaruhi oleh komunis. Lalu, kerajaan British melancarkan operasi pisang untuk menyekat pengaruh komunis dalam SUPP tetapi gagal. Diharapkan melalui gagasan ini, kestabilan politik yang diperolehi dapat menentang ancaman komunis.
Tunku Abdul Rahman percaya dengan menbawa masuk Sabah, Sarawak ke dalam Malaysia akan lebih memudahkan dan menpercepatkan kenerdekaan dua wilayah ini. Di samping itu, kaum bumiputera boleh menikmati layanan yang lebih baik apabila menyertai Persekutuan sebagaimana yang dinikmati oleh orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.
Selain itu, Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah penduduk. Tunku Abdul Rahman menjangkakan Sabah, Sarawak, dan Brunei kalau digabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial. Penggabungan Tanah Melayu dengan Singapura menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum. Hal ini disebabkan ¾ daripada penduduk Singapura berbangsa Cina. Kemasukkan Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi kadar kaum – kaum kerana 70% daripada Borneo Utara ialah bumiputera.

PERKONGSIAN FAEDAH EKONOMI 

 
Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama. Secara tidak lansung, negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi. Menurut Tunku, apa yang penting melalui Persekutuan Malaysia ialah ia dapat membantu mempertingkatkan pembangunan ekonomi. Ini kerana Sabah dan Sarawak ialah negeri yang masih mundur manakal Tanah Melayu, Singapura dan Brunei ialah negeri-negeri yang kaya. Dengan ini, kekayaan di negeri-negeri yang kaya akan dipindahkan ke negeri-negeri yang mundur untuk membiayai projek pembangunan. Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah seperti bijih timah, manakala Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya. Pelabuhan Singapura pula akan lebih selamat sekiranya menyartai Persekutuan Malaysia.

MEMBELA MASYARAKAT BUMIPUTERA DISABAH DAN SARAWAK

 
Sabah dan Sarawak mengalami sejarah yang sama dengan Tanah Melayu. Namun nasib penduduk di wilayah ini tidak sama dengan nasib penduduk di semenanjung Tanah Melayu. Keadaan golongan bumiputera Sabah dan Sarawak adalah jauh ketinggalan berbanding dengan kedudukan golongan yang sama di Semenanjung Malaysia. Semasa pentadbiran British, sektor ekonomi dan sosial di wilayah itu telah dimonopoli oleh golongan pendatang. Bagi golongan bumiputera pula, mereka merupakan golongan yang terbiar di tanah air mereka sendiri. Sistem perhubungan di kedua-dua wilayah ini juga masih daif dengan infrastruktur yang masih bergantung kepada sungai dan perjalanan udara serta sukar untuk mewujudkan perhubungan darat secara besar-besaran. Jika kedua-dua wilayah tersebut digabungkan dalam Persekutuan Malaysia, layanan istimewa akan diberikan kepada penduduk Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Malahan pembangunan wilayah tersebut akan lebih terjamin atas galakan dari wilayah-wilayah anggota lain.

PERUBAHAN DARI SEGI SOSIAL

 
Pembentukkan Persekutuan yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura juga dalah untuk menjaga kepentingan dan kedudukan kaum bumiputera. Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukkan Malaysia perlu menggabungkan wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura sahaja. Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini akan menghilangkan majoriti penduduk Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80% pendudduk bukan Melayu dan apabila bercantum dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu, penduduk bukan Melayu akan menjadi golongan terbesar. Percantuman antara Tanah Melayu dengan Singapura sahaja akan menjadikan peratusan masyarakat Cina menjadi 43.5%, sementara orang Melayu menjadi 43%. Ini kerana anggaran peratusan penduduk Tanah Melayu pada tahun 1960, adalah kira-kira 50% dan 36.9% orang Cina. Justeru , apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum bumiputera termasuk orang Melayu akan menjadi 46.3%, sementara orang Cina menjadi 42.4%. ini bermaksud, kemasukan Sabah dan Sarawak membolehkan kumpulan orang Melayu dan bumuputera kekal sebagai kumpulan terbesar.



ANCAMAN KOMUNIS
 

Pengaruh komunis ketara semakin merebak apabila anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP) menubuhkan Barisan Sosialis yang berhaluan kiri di bawah pimpinan Lim Chin Siong. Kekalahan calon PAP dalam dua pilihan raya kecil bagi kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis yang semakin merebak di Singapura.
Perkembangan pengaruh komunis di Asia Tenggara terutamanya Singapura membimbangkan Tunku Abdul Rahman dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Tunku risau jika Singapura merdeka bersendirian, Singapura mungkin akan jatuh ke tangan komunis dan seterusnya menggugat keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, jika Singapura bergabung dengan Malaysia, pengaruh komunis dapat disekat. Kebimbangan Tunku Abdul Rahman dapat dibayangkan dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961. Tunku menyatakan:
“While Singapore is under the British, we feel that there is no treat of open action by the Communists, which might endanger the peace, and security of the Federation, but an independent Singapore, anything could happen…”


PILIHANRAYA PERTAMA SABAH 1962 MASIH DIBAWAH KOLONIAL

Pilihan Raya pertama di Sabah telah diadakan pada 16 Disember 1962 di bawah Local Government Elections Ordinance untuk 118 ward di pihak berkuasa tempatan. Setiausaha Kolonial bagi Kerajaan Tempatan selaku Penguasa Pilihan Raya bertanggungjawab menjalankan Pilihan Raya tersebut. Persempadanan ward telah dibuat dan Pegawai-pegawai Daerah telah dilantik sebagai pendaftar pemilih bagi setiap daerah berkenaan. Daftar pemilih telah disediakan dan dianggarkan sebanyak 60 peratus daripada mereka yang layak telah mendaftar . Kempen Pilihan Raya melalui radio, media cetak serta penyebaran risalah telah dilakukan oleh kerajaan bagi tujuan pendidikan rakyat. Seramai 202 calon telah bertanding bagi 118 ward. Calon-calon di 53 ward telah menang tanpa bertanding. Parti Perikatan Sabah yang terdiri daripada United Sabah National Organization (USNO), Borneo Utara National Party (BUNAP) dan United National Kadazan Orgnization (UPKO) telah mencapai kemenangan dengan 86.5 peratus undi.

     Kabinet Negeri Sabah tahun 1963 
Duduk dari Kiri: Datuk Haris bin Mohd.Salleh ( Menteri Kerajaan Tempatan ) , Datuk Khoo Siak Chiew ( Menteri Perhubungan dan Kerja Raya ) , Tun Fuad Stephen ( Ketua Menteri Sabah ) , Datuk Pang Tet Tshung ( Menteri Kewangan ) dan Datuk G.S.Sundang ( Tim.Ketua Menteri )
Berdiri dari kiri : R.Bob Speedy (Setiausaha Kabinet merangkap Setiausaha Sulit kepada Yang DiPertua Negeri ) Tun Mohd.Said Keruak ( Menteri Pertanian ) , R.Jones ( Peguam Besar Negeri ) , R.M. Turner ( Ketua Setiausaha ) , A.Jones ( Akauntan Awam ) , Datuk Richard E.Yapp ( Menteri Sumber Alam).


Dalam Pilihanraya tersebut , Parti USNO yang diketuai oleh Tun Datu Mustapha bin Datu Harun memenangi 8 kerusi , Parti UNKO yang diketuai oleh Tun Fuad Stephens memenangi 5 kerusi manakala Parti SANAP ( dipelopori orang orang Cina Sabah ) memenangi 4 kerusi dan Parti Pasok Momugun memenangi 1 Kerusi.

Berdasarkan kepada keputusan pilihanraya tersebut parti USNO mendominan dengan pencapaian cemerlang mendapat 8 kerusi melebihi daripada parti parti lain. Pada dasarnya sewaktu itu pihak Kolonial British telah menasihatkan agar Tun Datu Mustapha diberikan Jawatan Yang DiPertua Negara kerana itu Jawatan yang tertinggi dan sesuai dengan kemenangan yang dicapai , manakala Tun Fuad Stephens diberikan jawatan Ketua Menteri iaitu Jawatan yang kedua tertinggi.  

Dalam perkara ini timbul juga ketegangan kerana berdasarkan kerusi yang diperolehi oleh parti, maka selayaknya Tun Datu Mustapha layak menjadi Ketua Menteri. Tetapi setelah perbincangan dan kata putus diambil maka kelihatannya adil jika Tun Datu Mutapha memegang jawatan sebagai Yang Di-pertua Negara Sabah dan Donald Stephen sebagai Perdana Menteri Sabah. Ketegangan berlaku lagi apabila jawatan Yang Di-Pertua Negara Sabah dipegang oleh Tun Datu Mustapha, di mana menurut pemahaman beliau bahawa jawatan tersebut sama seperti Gabenor pada zaman British. Keadaan yang berlaku adalah Tun Datu Mustapha lebih terkongkong dalam bidang kuasa politik. Semua urusan pentadbiran di Sabah dipegang dan dikuasai oleh Donald Stephen sendiri. Perkara ini menyebabkan timbulnya jurang kerjasama di antara Ketua Menteri dan Yang Di-Pertua Negara Sabah. Akibatnya impak daripada penting diri sendiri kedudukan Parti Perikatan Sabah mulai menjadi lemah dan perkara ini berlanjutan sehingga mencapai Kemerdekaan dimana pada akhirnya berlaku pembubaran parti UNKO dan Tun Datu Mustapha menerajui kepimpinan Kerajaan Negeri Sabah.

APAKAH PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH PERSATUAN KEBANGSAAN MELAYU TAWAU (PKMT) DALAM MEMBANTU PROSES KEMERDEKAAN SABAH 

Ahli - ahli PKMT dalam tahun 1957 bergambar kenangan selepas mesyuarat dihadapan bangunan Persatuan


Disamping gerakan patriotism bercambah juga gerakan nasionalisme tanpa kekerasan yang mula bertapak di Sabah selewat-lewatnya pada tahun 1890-an. Antaranya ialah gerakan dipelopori oleh “ The Mohammaden Association” yang bertindak menyatukan masyarakat Islam melalui gerakan dakwa Islamiah di Sandakan. Ini diikuti oleh Pergerakan Persatuan Melayu Tawau (PKMT) bagi menyatukan Melayu sekitar 1930-an. Ketika pra-kemerdekaan pula iaitu selepas tahun 1945, Persatuan Kebangsaan  Melayu Tawau meluaskan peranan besarnya dalam menyatukan semua orang-orang Melayu di Tawau . Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau ( PKMT ) yang diasaskan dengan rasminya dalam tahun 1938 oleh Penghulu Abu Bakar dan kemudian diperkasakan oleh barisan pemimpin muda Melayu ketika itu iaitu Datuk Abu Bakar Titingan sebagai setiausaha PKMT bersama pemimpin pemimpin Melayu yang lain seperti Haji Abdul Karim Drahman, Datuk Kassim Kamidin, Datuk Hj Ahmad Ayid, Imam Zainal dan banyak lagi. Persatuan ini ditubuhkan untuk menjaga dan mempertahankan hak dan kepentingan orang-orang Melayu di Tawau. Antara perjuangannya juga ialah memajukan taraf pendidikan anak anak orang orang Melayu ekoran dari perjuangan yang dibangkitkan oleh sebuah persatuan guru-guru sekolah melayu terdahulu iaitu Persatuan Sahabat Pena Tawau yang diasaskan pada tahun 1936 oleh Cikgu Kee Sulaiman Kee Abdullah dan ( Kee Sulaiman iaitu abang sulung kepada Penghulu Abu Bakar ) dan Cikgu Osman ( guru sekolah melayu berasal dari Tanah Melayu yang banyak berjasa di Tawau .  

PARTI USNO BERTAPAK DITAWAU ATAS DOKONGAN DAN SOKONGAN AHLI AHLI PERSATUAN KEBANGSAAN MELAYU TAWAU (PKMT)

Dari penubuhan persatuan oleh guru guru Melayu , Persatuan Sahabat Pena pada tahun 1936 tercetuslah idea penubuhan Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau ( PKMT ) pada tahun 1938. Namun selepas orang-orang Melayu hidup menderita ketika era zaman perang Jepun, persatuan PKMT inilah yang berperanan besar dan bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyatukan masyarakat Melayu Tempatan. Seterusnya menyahut seruan untuk menyokong dan bersama-sama dengan Tun Datu Mustapa bin Datu Harun melalui parti keramat United Sabah Nasional Organization (USNO) bagi menuntut kemerdekaan Sabah dengan Pembentukan Negara Malaysia. Pada bulan Mei 1963, dalam mesyuarat agung USNO Tawau, 200 perwakilan telah bersetuju melantik Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan sebagai Pengerusi USNO Bahagian Tawau menggantikan OKK Hj.Zainal Kerahu yang memberikan laluan kepada DSP AB.Titingan untuk menjawat Pengerusi USNO Bahagian Tawau. OKK Hj.Zainal Kerahu adalah penyandang jawatan Pengerusi sejak USNO ditubuhkan tahun 1961. 

Datuk Seri Panglima Hj.Abubakar Titingan

DSP Abubakar Titingan merupakan rakan baik Tun Mustapha dan menjadi orang kepercayaan beliau, telah dipilih sebagai Naib Pengerusi USNO Sabah dan pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi MUIS. Beliau terus berbakti dan terus menyumbangkan tenaga dan usaha kepada masyarakat khususnya orang-orang Melayu Tawau sehingga akhir hayat beliau pada tahun 1980.


DSP Hj.Abubakar Titingan bersama OKK Hj.Zainal Kerahu , pemimpin yang sering bersama memimpin Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau dan juga dalam Parti USNO. Mereka adalah pejuang bangsa Melayu Tawau yang pada suatu ketika dahulu banyak membantu orang Melayu dikampung kampung terutama sekali mengenai urusan tanah pertanian dan perkampungan Melayu. Banyak ruang dan peluang yang diberikan kepada orang orang Melayu terutama sekali yang tidak mempunyai Tanah Pertanian mereka telah diajak oleh OKK Hj.Zainal Kerahu yang ketika itu menjawat Ketua Daerah ( Ketua Anak Negeri ) untuk menyertai Rancangan Penempatan dibawah LKTNS sebagai penaroka.

Masyarakat Melayu di Tawau pada ketika itu rata-ratanya adalah golongan miskin sama ada bekerja sebagai nelayan atau menanam tanaman dan hampir kesemuanya tidak berpelajaran tinggi. Kehadiran pemimpin-pemimpin Melayu yang agak terpelajar dan golongan peniaga kaya terutamanya Melayu yang berketurunan Arab telah membantu menyedarkan tanggungjawab masyarakat Melayu untuk bersatu di bawah satu pertubuhan. Dengan penyatuan ini juga masyarakat Melayu boleh berganding bahu bersama sama di dalam pelbagai aktiviti untuk merapatkan silaturahim dan perpaduan di kalangan mereka. Mereka juga boleh bantu membantu dan tolong menolong di dalam mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu pada ketika itu. Bermula dengan tertubuhnya Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau ini lah kemudiannya mencetuskan Persatuan Islam Tawau ( PIT ) dan seterusnya bersama sama seluruh masyarakat Melayu Islam di seluruh negeri Sabah bergabung dan membentuk Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) pada tahun 1961 yang berusaha mendapatkan kemerdekaan untuk negeri Sabah bersama Negeri Sarawak dan Tanah Melayu bagi pembentukan Negara Malaysia pada tahun 1963. 
Dengan keaktifan pergerakan PKMT yang digerakkan oleh Pemimpin pemimpin nya dan dokongan dan sokongan padu dari Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan sebagai Pengerusi USNO Bahagian Tawau segala gerak kerja untuk memberitahu rakyat tentang Kemerdekaan Sabah dengan Pembentukan Malaysia berjalan lancar dan teratur. Setiap segenap pelusuk Kampung diDaerah Tawau telah diberikan penjelasan dari rumah kerumah yang dijalankan oleh Ahli PKMT yang juga Ahli USNO ketika itu.

PERSATUAN ISLAM TAWAU (PIT) YANG JUGA BERHUBUNG RAPAT DENGAN PKMT MEMAINKAN PERANAN PENYATUAN ORANG ORANG MELAYU TAWAU

Persatuan Islam Tawau ( PIT ) juga telah ditubuhkan tahun 1955 dahulu yang mana persatuan ini diketuai oleh Imam Zainal sebelum digantikan pada tahun 1956 oleh Haji Abdul Karim Drahman dan dibantu oleh naib pengerusi iaitu menantunya sendiri iaitu Datuk Seri Panglima Hj.Kassim Kamidin . PIT yang berperanan untuk menjalankan pendidikan dan dakwah Islamiah di Tawau adalah salah sebuah persatuan yang berpengaruh dan telah bergabung dengan persatuan Islam lain di negeri Sabah dan membentuk Persatuan Islam Seluruh Sabah atau dikenali sebagai USIA. Persatuan inilah yang banyak menyumbangkan jasa dan memainkan peranan dalam hal-ehwal masjid dan dakwah islamiah sebelum era kemerdekaan Sabah bersama Malaysia. Ini termasuklah usaha penubuhan satu-satunya sekolah agama di Tawau iaitu Sekolah Islamiah Tawau pada tahun 1970. Sebelum itu, pada tahun 1962, PIT di bawah kepimpinan Haji Abdul Karim turut menyuarakan desakan dan tuntutan daripada 1,300 ahlinya dan mewakili 7000 orang-orang Islam di Tawau pada ketika itu untuk Sabah merdeka bersama-sama Negeri Sarawak dan Tanah Melayu membentuk Negara Malaysia.


16 SEPTEMBER 1963
 

Pada tanggal 16 September 1963, seramai lebih daripada 5000 orang-orang Melayu di Tawau berduyun-duyun datang dan berkumpul dengan rasa syukur dan bangga di Padang Bandaran Tawau untuk menyambut detik kelahiran sebuah negara baru Malaysia bersama Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura. Hari yang bersejarah ini dinamakan Hari Malaysia.
Perjuangan orang-orang Melayu di Tawau dan di Sabah umumnya terutama di dalam menegakkan hak dan kepentingan mereka walaupun telah dijajah British dan Jepun lebih 120 tahun adalah didorong oleh keberanian dan kesungguhan para pemimpinnya yang terdahulu. 

Mengikut sejarahnya, kepimpinan orang-orang Melayu di Tawau adalah mengikut beberapa peringkat; 
Pada awal 1910an hingga 1920an iaitu ketika awal kedatangan British, pemimpin-pemimpin yang menyumbangkan jasa adalah OKK Kee Abdullah, Habib Sheikh, Imam Mustapha, Encik Alang (berasal dari Sumatera), Serang Saman dan Imam Salleh (Kalabakan). 
Pada dekad 1930-an dan 1940-an pula iaitu termasuk ketika pendudukan tentera Jepun , barisan kepimpinan orang-orang Melayu dibarisi oleh OKK Abu Bakar, Habib Hussein (dibunuh oleh askar Jepun bersama Stephan Tan dan beberapa pemimpin masyarakat lain), Haji Abdul Karim Haji Drahman (Pengasas Persatuan Islam Tawau) dan Imam Galundang (Tanjung Batu).
Manakala di dalam era 1950-an dan 1960-an pula sewaktu perjuangan menuntut kemerdekaan, orang-orang Melayu dipimpin oleh Datuk Abubakar Titingan, Datuk Kassim Kamidin, OKK Penghulu Hj.Zainal, Imam Awang dan Habib Hassan (Pasir Puteh).

PILIHANRAYA UMUM NEGERI SABAH PERTAMA SELEPAS MERDEKA

Bagi Dewan Undangan Negeri Sabah yang mempunyai 32 kerusi, Pilihan Raya Umum yang pertama telah diadakan pada 8 April 1967, iaitu empat tahun selepas mencapai kemerdekaan dan menyertai penubuhan Malaysia pada 1963. Calon-calon Parti Perikatan Sabah (USNO, SCA dan UPKO) telah bertanding, tetapi selepas Pilihan Raya itu hanya USNO dan SCA menubuhkan kerajaan Sabah. Ini merupakan kerajaan Sabah yang pertama melalui proses Pilihan Raya umum secara langsung. 
Di Daerah Tawau terdapat 2  Kerusi DUN iaitu DUN N.31 Merotai dan DUN N.32 Balung. DUN N.31 Merotai Parti Perikatan bertanding atas tiket USNO yang mana calun nya DSP Kassim bin Kamidin menang tanpa bertanding , manakala DUN N.32 Balung Parti Perikatan memenangi bertanding ini atas tiket SCA dengan calun nya Chan Foo Sang @ Edwin Chan. Terdapat beberapa masalah setelah pengumuman bahawa kawasan Balung akan diberikan kepada SCA sedangkan bilangan pengundi Melayu adalah lebih ramai. Ada diantaranya yang bertanding atas tiket Bebas , namun ketaatan orang orang Melayu kepada Pemimpin nya kemenangan diberikan kepada SCA iaitu Parti Perikatan.

DSP Hj.Kassim Kamidin ADUN N.31 Merotai menang tanpa bertanding pada PRU Negeri Sabah 1967 yang telah diadakan pada 8 April 1967. ( DSP Hj.Kassim Kamidin berkaca mata ) Beliau mewakili Parti Perikatan diatas tiket Parti USNO.

Pada hari ini dalam tahun 1967, Negeri Sabah telah mengadakan Pilihanraya Umum yang pertama. Semenjak merdeka di dalam Malaysia, Sabah telah ditadbirkan oleh Kerajaan Perikatan Sabah. Terdapat 32 buah kawasan mengundi dengan 192,448 orang pengundi, 36 orang calon dari empat buah parti politik dan 26 orang calon bebas telah bertanding untuk memenangi 32 buah kerusi yang dipertandingkan. Hari penamaan calon telah di adakan pada 8 Mac 1967 dan dua orang calon dari Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) telah menang tanpa bertanding, manakala 30 buah kerusi lagi dipertandingkan di hari mengundi. Pengundian berjalan dengan teratur tanpa sebarang peristiwa yang tidak menyenangkan. Satu peristiwa yang menarik dalam Pilihanraya ini ialah kehadiran 15 orang pegawai pemerhati dari lima buah negara Asia iaitu Sri Langka (Ceylon), India, Indonesia, Jepun dan Thailand. Kehadiran mereka selama 10 hari diundang khas oleh Kerajaan Malaysia untuk menyaksikan Pilihanraya Umum yang pertama di Sabah.Para pemerhati ini telah dibawa ke 60 buah pusat mengundi dan dibenarkan menemuramah kepada mana-mana pemimpin parti. Pada keseluruhannya mereka berpuashati terhadap pengundian yang di jalankan dalam cara yang sungguh demokratik. Meskipun Parti Perikatan mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum yang pertama pada April 1967, namun kerana pergeseran di antara mereka , USNO dan SCA sahaja dapat membentuk kerajaan. Selepas itu ramai Ahli Dewan Undangan Negeri UPKO berpindah menyertai USNO, maka akhirnya UPKO membubarkan dirinya. USNO dan SCA terus bekerjasama dan memerintah Kerajaan Negeri.

PKMT BERPERANAN MENYATUPADUKAN ORANG ORANG MELAYU TAWAU MELALUI SUKAN BOLA SEPAK
Dalam tahun 1950an hingga 1960 era Bola Sepak Tawau amat cemerlang dan menjadi kebangaan orang orang Tawau dimana Pasukan Bola Sepak Tawau ini bukan sahaja terkenal di Daerah Tawau tetapi diseluruh Negeri Sabah termasuk Sarawak dan juga Brunei.

SUKU KAUM SULOK DAN TIDONG PADA AWALNYA MENDUDUKI DIPERKAMPUNGAN TAWAU LAMA DAN BEBERAPA KAWASAN LAIN TELAH BERCAMPUR BAUR AKIBAT DARI PERKAHWINAN DENGAN SUKU LAIN YANG DIKENALI SEBAGAI ORANG MELAYU TAWAU
Masyarakat Sulok di Tawau yang dahulunya tinggal bersama dengan masyarakat Tidung di sebuah perkampungan nelayan dikenali sebagai Tawau Lama pada masa kini , sudah tidak wujud lagi sebagai masyarakat Suluk asli sebaliknya keturunan mereka sudah bercampur baur keturunannya melalui perkahwinan dengan masyarakat lain seperti Tidung, Bugis , Cina Muslim, Arab, Iban Muslim, Banjar, Jawa , Sumatera dan sebagainya. Mereka lebih dikenali sebagai Masyarakat Melayu di Tawau ini kerana bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adat dan budaya Melayu sejak turun temurun. Misalnya keturunan Kee Abdullah ( Cina Muslim ), Penghulu Tawau pertama telah berkahwin gadis Melayu Suluk ( Jumatiah ) dan ramai keturunannya hari ini adalah berketurunan Melayu Tawau. Begitu juga Datuk Abu Bakar Titingan ( Suluk ) yang berkahwin dengan Kee Hayati ( peranakan Cina ) dan mewujudkan ramai keturunan Melayu di Tawau ini.

Ramai masyarakat di Tawau yang dikenali sebagai masyarakat Melayu ini adalah keturunan dari pelbagai suku-suku kaum yang sudah mengalami percampuran darah keturunan sejak dahulu lagi. Mereka tidak boleh dibezakan kerana agama dan budaya yang diamalkan adalah sama. Namun keadaan ini tidak sama dengan masyarakat pendatang dari Indonesia dan Filipina kerana mereka ada budaya yang tersendiri. Ini kerana kewujudan imigran-imigran Indonesia dan imigran-imigran Filipina ini adalah agak terkemudian iaitu setelah Tawau makmur sebagai lubuk sumber ekonomi. Mereka datang ke Tawau semata-mata untuk mencari rezeki dan sebelum kedatangan mereka ke Tawau, mereka sudah pun mempunyai identiti negara mereka sendiri. Berbanding dengan masyarakat Melayu Tawau ini, mereka telah wujud di Tawau sudah terlalu lama iaitu sebelum kedatangan pemerintahan penjajah Inggeris atau sebelum zaman pemerintahan tentera Jepun lagi.

Orang orang Melayu Tawau inilah yang seterusnya menjadi penyokong kuat kepada Perjuangan Kemerdekaan dan mereka lah juga yang sentiasa berada dibelakang Pemimpin Melayu Tawau menyemarakkan perjuangan kerana mereka ini adalah setia kepada pemimpin dan sentiasa patuh kepada pemimpin. Sebagai contoh , semasa kempen kemerdekaan dalam tahun 1963 dimana penduduk Tawau berkumpul di Padang Perbandaran Tawau untuk menunjukkan perpaduan bangsa dimana masa itu Presiden Filipina  Ferdenand Marco cuba mengganggu proses Kemerdekaan yang telah dirangka iaitu Sabah Merdeka membentuk Malaysia bersama Tanah Melayu dan Sarawak. Orang ramai telah mereka cipta patung Presiden Marcos dan melakukan acara membakar patung tersebut sebagai tanda Masyarakat Melayu Tawau tidak bersetuju dengan Presiden Marcos. 
Ramai Pemimpin Melayu Tawau yang bergiat aktif dalam Politik iaitu melalui Parti USNO , bergiat dalam Bidang Kemasyarakatan , Kebudayaan serta Sukan dan Rekreasi  melalui PKMT , bergiat dalam bidang Agama melalui PIT yang kemudiannya bersama USIA. Dengan ada nya hubungan silaturrahim diantara persatuan persatuan ini aktiviti untuk Kemerdekaan amat mudah disampaikan dan akhirnya Kemerdekaan itu dimiliki oleh semua.

 
  
Pada masa kini, masyarakat Suluk di Tawau ( yang dahulunya tinggal bersama dengan masyarakat Tidung di sebuah perkampungan nelayan dikenali sebagai Tawau Lama pada masa kini ), sudah tidak wujud lagi sebagai masyarakat Suluk asli sebaliknya keturunan mereka sudah bercampur baur keturunannya melalui perkahwinan dengan masyarakat lain seperti Tidung, Cina Muslim, Arab, Iban Muslim, Banjar, Jawa dan sebagainya. Mereka lebih dikenali sebagai Masyarakat Melayu di Tawau ini kerana bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adat dan budaya Melayu sejak turun temurun. Misalnya keturunan Kee Abdullah ( Cina Muslim ), Penghulu Tawau pertama telah berkahwin gadis Melayu Suluk ( Jumatiah ) dan ramai keturunannya hari ini adalah berketurunan Melayu Tawau. Begitu juga Datuk Abu Bakar Titingan ( Suluk ) yang berkahwin dengan Kee Hayati ( peranakan Cina ) dan mewujudkan ramai keturunan Melayu di Tawau ini. Ramai masyarakat di Tawau yang dikenali sebagai masyarakat Melayu ini adalah keturunan dari pelbagai suku-suku kaum yang sudah mengalami percampuran darah keturunan sejak dahulu lagi. Mereka tidak boleh dibezakan kerana agama dan budaya yang diamalkan adalah sama. Namun keadaan ini tidak sama dengan masyarakat pendatang dari Indonesia dan Filipina kerana mereka ada budaya yang tersendiri. Ini kerana kewujudan imigran-imigran Indonesia dan imigran-imigran Filipina ini adalah agak terkemudian iaitu setelah Tawau makmur sebagai lubuk sumber ekonomi. Mereka datang ke Tawau semata-mata untuk mencari rezeki dan sebelum kedatangan mereka ke Tawau, mereka sudah pun mempunyai identiti negara mereka sendiri. Berbanding dengan masyarakat Melayu Tawau ini, mereka telah wujud di Tawau sudah terlalu lama iaitu sebelum kedatangan pemerintahan penjajah Inggeris atau sebelum zaman pemerintahan tentera Jepun lagi.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Pada masa kini, masyarakat Suluk di Tawau ( yang dahulunya tinggal bersama dengan masyarakat Tidung di sebuah perkampungan nelayan dikenali sebagai Tawau Lama pada masa kini ), sudah tidak wujud lagi sebagai masyarakat Suluk asli sebaliknya keturunan mereka sudah bercampur baur keturunannya melalui perkahwinan dengan masyarakat lain seperti Tidung, Cina Muslim, Arab, Iban Muslim, Banjar, Jawa dan sebagainya. Mereka lebih dikenali sebagai Masyarakat Melayu di Tawau ini kerana bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adat dan budaya Melayu sejak turun temurun. Misalnya keturunan Kee Abdullah ( Cina Muslim ), Penghulu Tawau pertama telah berkahwin gadis Melayu Suluk ( Jumatiah ) dan ramai keturunannya hari ini adalah berketurunan Melayu Tawau. Begitu juga Datuk Abu Bakar Titingan ( Suluk ) yang berkahwin dengan Kee Hayati ( peranakan Cina ) dan mewujudkan ramai keturunan Melayu di Tawau ini. Ramai masyarakat di Tawau yang dikenali sebagai masyarakat Melayu ini adalah keturunan dari pelbagai suku-suku kaum yang sudah mengalami percampuran darah keturunan sejak dahulu lagi. Mereka tidak boleh dibezakan kerana agama dan budaya yang diamalkan adalah sama. Namun keadaan ini tidak sama dengan masyarakat pendatang dari Indonesia dan Filipina kerana mereka ada budaya yang tersendiri. Ini kerana kewujudan imigran-imigran Indonesia dan imigran-imigran Filipina ini adalah agak terkemudian iaitu setelah Tawau makmur sebagai lubuk sumber ekonomi. Mereka datang ke Tawau semata-mata untuk mencari rezeki dan sebelum kedatangan mereka ke Tawau, mereka sudah pun mempunyai identiti negara mereka sendiri. Berbanding dengan masyarakat Melayu Tawau ini, mereka telah wujud di Tawau sudah terlalu lama iaitu sebelum kedatangan pemerintahan penjajah Inggeris atau sebelum zaman pemerintahan tentera Jepun lagi.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Pada masa kini, masyarakat Suluk di Tawau ( yang dahulunya tinggal bersama dengan masyarakat Tidung di sebuah perkampungan nelayan dikenali sebagai Tawau Lama pada masa kini ), sudah tidak wujud lagi sebagai masyarakat Suluk asli sebaliknya keturunan mereka sudah bercampur baur keturunannya melalui perkahwinan dengan masyarakat lain seperti Tidung, Cina Muslim, Arab, Iban Muslim, Banjar, Jawa dan sebagainya. Mereka lebih dikenali sebagai Masyarakat Melayu di Tawau ini kerana bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adat dan budaya Melayu sejak turun temurun. Misalnya keturunan Kee Abdullah ( Cina Muslim ), Penghulu Tawau pertama telah berkahwin gadis Melayu Suluk ( Jumatiah ) dan ramai keturunannya hari ini adalah berketurunan Melayu Tawau. Begitu juga Datuk Abu Bakar Titingan ( Suluk ) yang berkahwin dengan Kee Hayati ( peranakan Cina ) dan mewujudkan ramai keturunan Melayu di Tawau ini. Ramai masyarakat di Tawau yang dikenali sebagai masyarakat Melayu ini adalah keturunan dari pelbagai suku-suku kaum yang sudah mengalami percampuran darah keturunan sejak dahulu lagi. Mereka tidak boleh dibezakan kerana agama dan budaya yang diamalkan adalah sama. Namun keadaan ini tidak sama dengan masyarakat pendatang dari Indonesia dan Filipina kerana mereka ada budaya yang tersendiri. Ini kerana kewujudan imigran-imigran Indonesia dan imigran-imigran Filipina ini adalah agak terkemudian iaitu setelah Tawau makmur sebagai lubuk sumber ekonomi. Mereka datang ke Tawau semata-mata untuk mencari rezeki dan sebelum kedatangan mereka ke Tawau, mereka sudah pun mempunyai identiti negara mereka sendiri. Berbanding dengan masyarakat Melayu Tawau ini, mereka telah wujud di Tawau sudah terlalu lama iaitu sebelum kedatangan pemerintahan penjajah Inggeris atau sebelum zaman pemerintahan tentera Jepun lagi.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
































































No comments:

Post a Comment

COVID - 19 NOVEL CORONAVIRUS 2019

Tempoh hayat Covid-19 ini hanyalah 14 hari sahaja , tetapi jika ia berpindah ke badan lain ia akan memanjangkan tempuh hayat Co...