
Tempoh hayat Covid-19 ini hanyalah 14 hari sahaja , tetapi jika ia berpindah ke badan lain ia akan memanjangkan tempuh hayat Covid-19 tersebut. Sebab itulah sekiranya kita dapat mengasingkan diri kita selama 14 hari Covid-19 ini akan pupus dengan sendiri nya. Semoga semua nya akan berakhir dengan segera tanpa ada kebimbangan Covid-19. Semua aktiviti harian ditunda dan dikehendaki berada dirumah masing masing semasa kuatkuasa PKP ini.
APA ITU COVID-19
Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Novel Coronavirus 2019 (COVID-19). Jangkitan coronavirus menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.
Cara penularan novel coronavirus COVID-19 daripada individu kepada melalui titisan dari hidung atau mulut yang tersebar apabila seseorang dengan COVID-19 batuk atau bersin. Titisan ini merentasi objek dan permukaan di sekelilingnya. Orang lain kemudian mendapat jangkitan COVID-19 dengan menyentuh objek atau permukaan ini, kemudian menyentuh mata, hidung atau mulutnya. Sesorang itu juga boleh dijangkiti COVID-19 jika mereka berada dekat dengan pesakit COVID-19 yang batuk atau bersin atau melepaskan titisan. Itulah sebabnya penting untuk mengekalkan jarak lebih dari 1 meter (3 kaki) dari orang yang sakit. KKM kini sedang mengawasi perkembangan jangkitan ini dan situasi sentiasa berubah dan akan mengemaskini maklumat penyakit ini dalam laman sesawang KKM dari semasa ke semasa. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan kebersihan diri yang baik.
Pemakaian penutup mulut dan hidung surgical atau 3-ply face mask adalah disyorkan kerana ia membantu mengurangkan penyebaran virus dan lebih praktikal untuk digunakan oleh orang awam. Ia bagi menghalang pendedahan orang lain kepada titisan dan percikan air liur orang yang memakai penutup mulut dan hidung ini. Namun penutup mulut dan hidung N95 tidak disyorkan kerana ia lebih ketat dan boleh menyebabkan pemakainya berasa sukar untuk bernafas. Ianya lebih sesuai digunapakai oleh anggota kesihatan yang mengendalikan pesakit di fasiliti kesihatan.
Sehingga kini, tiada rawatan khusus atau ubat antivirus untuk angkitan COVID-19. Rawatan diberikan hanya untuk Mengurangkan gejala yang dialami pesakit. ini berpotensi menyebabkan penyakit yang teruk dan kematian, terutamanya dalam kalangan orang tua dan orang yang mempunyai masalah kesihatan atau sistem imun yang rendah.Walau bagaimanapun ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa.
Pengembara ke negara yang mempunyai kes COVID-19 dan Selepas pulang ke Malaysia adalah diingatkan untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah berikut:
• Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi setiap masa seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer;
• Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta hand sanitizer untuk digunakan apabila perlu semasa dalam tempoh lawatan;
• Elakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan manamana individu yang bergejala semasa dalam tempoh lawatan;
• Elakkan daripada melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan semasa dalam tempoh lawatan; dan
• Elakkan daripada memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan sempurna semasa dalam tempoh lawatan.
KKM telah memantau situasi wabak jangkitan COVID-19 ini secara harian melalui sumbersumber yang sahih sejak 10 Januari 2020, di samping menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
i. Membuka Bilik Gerakan COVID-19.
ii. Menyediakan dan mengeluarkan kenyataan akhbar memaklumkan kepada orang ramai mengenai situasi terkini wabak ini.
iii. Membuat saringan gejala di pintu-pintu masuk antarabangsa Malaysia.
iv. Membuat saringan gejala di fasiliti kesihatan, membuat rujukan dan isolasi kes di hospital-hospital terpilih.
v. Menjalankan pemantauan kontak di rumah atau tempat-tempat pengasingan yang termaktub dalam Perintah Pemantauan dan Pengasingan.
vi. Meningkatkan kapasiti isolasi di hospital.
vii. Memantapkan kemampuan dan keupayaan makmal dalam menjalankan ujian pengesanan virus ini.
viii. Menjalankan latihan kepada kakitangan kesihatan khususnya penggunaan alat pelindung diri (PPE) yang betul.
ix. Memastikan stockpile PPE dan ubat-ubatan bagi merawat gejala dan komplikasi mencukupi.
x. Meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai jangkitan virus COVID-19 ini melalui media sosial dan media cetak.
Tan Sri Muhyiddin bin Hj.Yassin
Perdana Menteri Malaysia
01 April 2020 , bermula hari ini, rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat yang terjejas akibat wabak COVID-19 akan menerima dan boleh mula memohon pelbagai bantuan serta inisiatif yang digariskan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan kerajaan.
Selain Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM20 bilion yang diumumkan pada 27 Februari, rakyat juga boleh menikmati pelbagai bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu.
Kedua-dua pakej yang keseluruhannya berjumlah RM250 bilion bertujuan melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik COVID-19.
Setiausaha Agung PBB , Antonio Guterres
WASHINGTON: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam melancarkan desakan global untuk mendorong penghasilan vaksin COVID-19.
Dalam pada itu, Presiden Donald Trump pula mencetuskan kegemparan apabila mencadangkan pesakit dirawat dengan pembasmi kuman ketika wabak berkenaan terus menular dan meragut lebih 50,000 nyawa di Amerika Syarikat (AS).
Susulan rawatan perubatan yang berkesan masih jauh untuk dicapai, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, berkata usaha menewaskan pandemik berkenaan menuntut organisasi global serta pemimpin dunia bergembleng tenaga dengan sektor swasta bagi membangun dan mengagihkan vaksin berkenaan.
"Kita berdepan satu musuh awam global yang tidak pernah dihadapi.
"Membebaskan dunia daripada COVID-19 menuntut usaha kesihatan awam paling besar-besaran dalam sejarah," katanya.
Rayuan Guterres itu menyusul sehari selepas Presiden AS mencetuskan bantahan susulan cadangannya supaya bahan pembersih industri boleh digunakan secara dalaman oleh manusia untuk melawan jangkitan virus itu.
"Adakah terdapat satu cara yang kita boleh melakukan sesuatu seperti itu, dengan menyuntik atau hampir seperti pembersihan?
"Bagi saya, ia kedengaran menarik," kata Trump sambil merenung pada satu sesi taklimat yang disiarkan melalui televisyen.
Ketika pihak pakar dan pengeluar bahan pembasmi kuman bergegas memberikan peringatan mengenai mudarat eksperimen berbahaya sedemikian, Trump cuba 'mengundurkan semula' komennya itu dengan mendakwa ia hanya kata-kata 'sarkastik'
Setakat semalam, kes COVID-19 yang disahkan telah mencecah 2.77 juta di seluruh dunia bersama 193,930 kematian - lebih suku daripada jumlah itu dicatatkan di AS yang kini muncul negara paling terkesan.
Kes baharu dilaporkan dilihat berkurang kira-kira 80,000 sehari ketika langkah penjarakan mula membuahkan hasil dengan angka korban harian di sebilangan negara Barat juga menurun - satu petanda harapan yang dicari-cari oleh pakar epidemiologi.
Bagaimanapun, terdapat negara lain yang masih pada peringkat awal krisis itu dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa pelaksanaan langkah ketat perlu diteruskan untuk mengekang wabak berkenaan.
Kes baharu dilaporkan meningkat di negara yang lambat melakukan saringan kesihatan atau pada kadar rendah serta memiliki mitigasi terhad, seperti Russia, Sudan, Somalia, Nigeria, Maldives dan Guatemala.
Di Geneva pula, WHO mengadakan persidangan maya berhubung kerjasama global untuk membangunkan vaksin, dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron; Canselor Jerman, Angela Merkel; Yayasan Gates; dan Gavi, The Vaccine Alliance.
Menekankan lebih lanjut, Guterres berkata, dunia memerlukan pembangunan, pengeluaran dan penghantaran saksama untuk vaksin COVID-19, terapeutik serta diagnostik yang selamat dan berkesan.
"Bukan vaksin atau rawatan untuk sebuah negara atau sebuah rantau mahupun separuh daripada dunia, tetapi vaksin dan rawatan yang mampu dimiliki, selamat, berkesan, mudah ditadbir serta boleh didapati secara universal, untuk sesiapa dan di mana saja," katanya.
Bagaimanapun, pemimpin China di mana virus itu tercetus, dan AS yang menuduh WHO lambat memberi amaran mengenai wabak berkenaan, dilihat tidak hadir dalam kumpulan terbabit. - AFP
Degil dan ingkar
Antara intipati ucapan YAB Tan Sri Muhyiddin bin Hj. Yassin Perdana Menteri Malaysia ;
* PKPB disambung sehingga 4 Jun 2020
* Merentas Negeri untuk beraya masih tidak dibenarkan
7 STRATEGI PKPP
1. Pengukuhan Kesihatan Awam
2. Perundangan dan Penguatkuasaan
3. Pengukuhan kawalan Sempadan
4. Pembukaan sepenuhnya Sektor Ekonomi
5. Pembudayaan Kebiasaan Baru
6. Pemarkasaan Tanggungjawab komuniti
7.Perlindungan Golongan Berisiko
Mulai 10 Jun 2020 , Perjalanan rentas Negeri dibenarkan kecuali di kawasan yang di isytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan diperketatkan atau PKPD.
Dalam tempoh PKPP ini juga , hampir semua aktiviti sosial , pendidikan , keagamaan, perniagaan , sektor ekonomi dan sebagai nya akan beroperasi semula secara berperingkat dengan pematuhan sepenuh nya kepada SOP seperti mana yang telah diumumkan.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakub
Menteri Pertahanan
1. Umum telah mengetahui Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020.
2. Lanjutan daripada pengisytiharan tersebut, langkah-langkah susulan telah diambil bagi menyelaras dan memperincikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan mesyuarat penyelarasan antara agensi kerajaan pada 17 Mac 2020 untuk memperincikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan agar Perintah ini dapat berjalan dengan baik dan lancar. Untuk memastikan keperluan orang ramai kepada perkhidmatan-perkhidmatan asas tidak terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuatkuasa, perkhidmatan-perkhidmatan tertentu seperti di Lampiran A (Essential) dan di Lampiran B (Non-Essential) dibenarkan beroperasi.
3. Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa mulai jam 12.00 tengah malam, 18 Mac 2020. Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk mematuhi semua peraturan yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa.
4. Bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 telah diwartakan pada 18 Mac 2020. Pegawai Polis DiRaja Malaysia dan RELA telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).
5. Bagi meningkatkan lagi keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan ini, orang ramai dinasihatkan supaya berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenuhi keperluan-keperluan asas. Selain itu, amalkan penjarakan sosial (social distancing) dari orang sekeliling demi mengelakkan jangkitan COVID-19.
Degil dan ingkar
Terdapat segelintir individu yang degil dan tidak bertanggungjawab dengan sengaja mengingkari pada PKP yang telah dikuatkuasakan seperti arahan tidak keluar rumah kecuali apabila perlu, larangan berkumpul, serta lain-lain arahan dan larangan berkaitan dengan pelbagai alasan diberikan apabila ditahan oleh pihak berkuasa bagi merasionalkan tindakan tersebut.
Penguatkuasaan secara mesra melalui advokasi oleh pihak keselamatan diremehkan oleh mereka, memaksa tindakan lebih tegas diambil dengan beberapa individu telah direman dan didakwa atas pelbagai kesalahan termasuklah mempersenda perintah yang dikuatkuasakan, menghalang tugas polis dan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan tugas.
Hasilnya, kita menyaksikan peningkatan kadar peratusan pematuhan terhadap PKP dan terkini ia telah mencapai kadar 95 peratus seperti yang dinyatakan dalam perutusan khas Perdana Menteri pada Rabu.
Hal ini membuktikan bahawa, bagi memastikan kadar pematuhan PKP secara 100 peratus untuk tempoh baki tiga minggu yang mendatang, tindakan tegas oleh pasukan keselamatan adalah sangat-sangat diperlukan.
Topeng muka dan bahan pencuci tangan
Masih wujud kekeliruan tentang keperluan terhadap topeng muka dan bahan pencuci tangan menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap kedua-dua bahan tersebut sehingga berlaku kekurangan bekalan dan kenaikan harga yang mendadak.
Ekoran dari itu, menurut Pusat Amaran Jenayah Siber PDRM (Cyber Crime Alert), sejak Januari hingga 24 Mac 2020 ini, terdapat 336 kertas siasatan dibuka melibatkan penipuan face mask atas talian terutamanya di Facebook dan kes ini meningkat dengan banyaknya setiap hari.
Kekeliruan ini turut berlaku dalam kalangan pasukan keselamatan yang membuat sekatan jalan raya apabila terdapat rungutan daripada orang ramai bahawa mereka diarahkan untuk memakai topeng muka oleh anggota yang bertugas.
Malahan ada sesetengah premis tidak membenarkan orang ramai berurusan jika tidak memakai topeng muka.
Pemberian topeng muka juga menjadi usaha penting bagi mengekang penularan COVID-19
Datuk Dr.Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia, pemakaian topeng muka hanya perlu dipakai oleh mereka yang ada gejala pernafasan sahaja seperti batuk, selsema dan bersin, bertujuan untuk mengelakkan gejala tersebut daripada tersebar kepada orang lain.
Manakala penggunaan bahan pencuci tangan hanya diperlukan apabila tiada kemudahan air dan sabun cuci tangan, bertujuan untuk menghapuskan kuman atau bakteria yang ada pada tangan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah pada 23 Mac lalu sekali lagi menegaskan perkara yang sama.
Malahan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga turut menyatakan tiada sebarang arahan yang dikeluarkan untuk mewajibkan pemakaian topeng muka kepada orang awam.
Penjarakan sosial
WHO mengesahkan bahawa penularan wabak COVID-19 adalah melalui cecair badan (droplet) dari mereka yang dijangkiti kepada orang lain.
Oleh itu, WHO menegaskan agar orang ramai dalam memastikan jarak sosial yang selamat seperti yang disarankan iaitu sekurang-kurangnya satu meter dari individu yang lain apabila perlu berurusan di kawasan orang ramai seperti di bank, pasaraya, pasar, dan lain-lain.
Antara isu yang sering diutarakan dalam perlaksanaan PKP ini ialah kegagalan orang ramai dalam mematuhi saranan penjarakan sosial ini sehingga pihak keselamatan terpaksa mengambil tugas dalam memastikan kepatuhan terhadapnya.
Dalam menangani isu ini, pihak yang menyediakan perkhidmatan harus sama-sama memikul tanggungjawab dalam memastikan pelanggan mereka mematuhinya.
Premis berkaitan boleh membuat garisan jarak yang selamat, selain menghadkan bilangan pelanggan yang masuk ke premis mereka dan masa berurusan.
Hadkan operasi jabatan kerajaan
Dalam keadaan semua sekolah dan taska terpaksa ditutup pada waktu perintah berkuatkuasa, adalah sukar bagi mereka yang terlibat dengan perkhidmatan tersebut untuk menguruskan anak-anak kecil mereka terutamanya jika kedua-dua suami dan isterinya juga dalam bidang perkhidmatan yang serupa.
Semakan semula perintah tersebut terhadap perkhidmatan tertentu harus dilakukan bagi memudahkan petugas terutamanya kakitangan agensi berkaitan yang terlibat secara langsung dengan operasi pencegahan dan pengawalan COVID-19 ini.
Sebagai contoh, operasi kesihatan sama ada hospital dan klinik-klinik kesihatan yang beroperasi seperti biasa pada waktu ini mungkin boleh dikaji semula supaya memberi tumpuan kepada kes-kes kecemasan dan mod panggilan (on-call) sahaja.
Beroperasi seperti biasa dapat meningkatkan risiko jangkitan kepada petugas kesihatan terutamanya di fasiliti kesihatan yang menyediakan perkhidmatan pesakit luar.
Begitu juga bagi jabatan atau bahagian yang tidak terlibat dengan operasi COVID-19 ini tetapi diminta untuk tetap bertugas seperti biasa hanya kerana mereka sebahagian daripada Jabatan Kesihatan adalah tidak sewajarnya berlaku.
‘Just stay at home’
Bagi masyarakat Malaysia, anda hendaklah sentiasa berada di rumah dan hanya boleh keluar atas urusan penting dan mendesak, seperti mendapatkan rawatan perubatan atau mendapatkan bekalan makanan.
Sentiasa mengikuti perkembangan terkini dari pihak berkuasa dan pastikan hanya dari sumber rasmi dan sahih seperti saluran berita di televisyen, akhbar perdana, laman sesawang atau media sosial rasmi agensi berkaitan.
Jangan berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau tidak benar bagi mengelakkan sebarang situasi panik dalam kalangan masyarakat.
29 April 2020 , Ketua keluarga yang keluar membeli makanan atau barangan keperluan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4 bermula hari ini, boleh membawa seorang lagi ahli bersamanya.
Kebenaran itu diberikan kerajaan menerusi kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan semalam.
Peraturan yang diterbitkan dalam warta kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu, berkuat kuasa mulai hari ini hingga 12 Mei depan.
Seksyen 4(1)(a)(ii) peraturan itu, membenarkan individu yang keluar membeli makanan, ubat, keperluan harian atau barangan lain disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah dengannya.
Individu yang keluar ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan atau perubatan pula, dibenarkan untuk disertai mana-mana orang lain yang dianggap perlu secara munasabah, selaras Seksyen 4(1)(b)(ii) peraturan sama.
Masa sama, warta kerajaan itu mengekalkan peraturan sebelum ini, iaitu mereka yang mahu keluar membeli makanan, barangan keperluan harian, perubatan, rawatan dan lain-lain, hanya dibenarkan bergerak tidak melebihi 10 kilometer (km) dari kediaman masing-masing.
Namun, orang ramai diberi kelonggaran bergerak melebihi 10km jika keperluan itu tiada dalam lingkungan jarak berkenaan dari rumah masing-masing.
Seksyen 5 pula memperuntukkan orang ramai perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari balai polis berhampiran kediaman masing-masing, jika mahu melakukan pergerakan jarak jauh atau bagi sebab selain keperluan harian dan perubatan.
Mana-mana pihak yang melanggar peraturan itu boleh didenda maksimum RM1,000 atau dipenjarakan sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.
Pada 21 Mac lalu, Menteri Kanan yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, memaklumkan hanya seorang wakil atau ketua keluarga dibenarkan keluar dari rumah sekiranya ada keperluan, untuk membeli barangan keperluan atau mendapatkan ubat-ubatan.
Khamis lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP Fasa 3 yang berakhir semalam, dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi bermula hari ini hingga 12 Mei depan.
Salah satu sebab kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ( PKPB) bermula Isnin , 4 Mei 2020 ini kerana mahu menyelamatkan ekonomi negara dan kehidupan rakyat yang telah kehilangan sumber pendapatan.
Dianggarkan RM2.4 billion kerugian sehari di Malaysia sejak PKP pertama dikuatkuasakan(18 March 2020 )dan kerugian sehingga kini dianggarkan sekitar RM63 billion.
Jika PKP diteruskan dalam tempoh sebulanlagi . Malaysia dijangka kerugian RM35 billion dan menjadikan jumlah keseluruhan kerugian 987 billion
Ini sudah tentu memberi kesan sangat besar kepada kesejahteraan rakyat kerana pemulihan ekonomi mengambil masa yang lama.Dalam mencari jalan mengimbangi keperluan untuk memulihkan ekonomi Negara dan kepentingan membendung wabak COVID-19 maka kerajaan perlu bersetuju untuk melaksanakan PKPB tetapi secara berhati-hati dan terkawal.
Sektor yang dibenarkan beroperasi telah diperhalusi dan mereka perlu bertanggung jawab untuk mematuhi sepenuhnya SOP yang ditetapkan KKM. Kejayaan proses pemulihan ini banyak bergantung kepada diri kita sendiri. Tanggungjawab kita sendiri untuk mematuhi semua langkah - langkah pencegahan dan telah membiasakan diri dengan norma-norma baharu dan menjadikan sebagai gaya hidup seharian.
Peranan anda yang yang mula bekerja Isnin ini adalah mematuhi semua SOP ditempat kerja.Bagi anda yang tidak terlibat pula , duduklah dirumah sahaja. Jangan kesana kesini, memutuskan rantaian COVID-19 kini ditangan kita . Laksanakan tanggungjawab kita , Patuhi KPK jangan Ingkar.
Perintah Kawalan Pergerakan Berperingkat (PKPB) membolehkan operasi beberapa sektor ekonomidibuka semula bermula 4 Mei 2020
9 SOP ini perlu dipatuhi semua pihak terlibat termasuk kita sebagai pengguna;
1. Amalan Jarak sosial yang selamat iaitu sekurang-kurang nya 1 meter
2. Kerap mencucui tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand santitiser
3. Penggunaan topeng muka dan hidung( facemask)
4. Saringan kesihatan dipintu masuk premis
5. Keutamaan melindingi kum,pulan berisiko seperti kanak-kanak , bayi , warga Emas ,dan OKU
6. Individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan.
7. Bilangan penumpang dalam kenderaan awam perlu mengambil kira penjara sosial
8. Menggalakkan transaksi secara atas talian (online)
9. Melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkita COVID-19
10 Mei 2020 , Ucapan khas YAB Tan Sri Muhyiddin bin Hj.Yassin Perdana Menteri Malaysia sempena Tambahan tempuh masa PKPB Covid-19.
10 Mei 2020 , Ucapan khas YAB Tan Sri Muhyiddin bin Hj.Yassin Perdana Menteri Malaysia sempena Tambahan tempuh masa PKPB Covid-19.
Antara intipati ucapan YAB Tan Sri Muhyiddin bin Hj. Yassin Perdana Menteri Malaysia ;
* PKPB disambung sehingga 4 Jun 2020
* Merentas Negeri untuk beraya masih tidak dibenarkan
* Hari Raya boleh disambut dan amalan ziarah menziarahi adalah dibenarkan asalkan dalam negeri yang sama dan tidak melebihi 20 orang
* Suami dan Isteri yang tinggal berlainan Negeri boleh memohon untuk merentas Negeri melalui aplikasi Gerak Malaysia
* Kebenaran untuk Solat di Masjid dan Surau sedang diperhalusi. Begitu juga untuk ibadah agama-agama lain
* Rayuan untuk permohonan BPN yang tidak diluluskan boleh dibuat sehingga 31 Mei 2020 melalui email atau terus datang kekaunter LHDN
Bersama kita mencegah penularan COVID-19 dengan mengelakkan 3S , dimana kita terpaksa menjalani kehidupan bersama sama COVID-19 ini sehingga lah Vaksinasi untuk COVID-19 ini ditemui.
7 JUN 2020 , PERLAKSANAANPERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN ( PKPP ) MULAI DARI 10 JUN 2020 HINGGA 31 OGOS 2020 TELAH DISAMPAIKAN OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA TAN SRI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD.YASSIN BAGI MENGGANTIKAN PKPB YANG BERAKHIR PADA 9 JUN 2020.
1. Pengukuhan Kesihatan Awam
2. Perundangan dan Penguatkuasaan
3. Pengukuhan kawalan Sempadan
4. Pembukaan sepenuhnya Sektor Ekonomi
5. Pembudayaan Kebiasaan Baru
6. Pemarkasaan Tanggungjawab komuniti
7.Perlindungan Golongan Berisiko
Mulai 10 Jun 2020 , Perjalanan rentas Negeri dibenarkan kecuali di kawasan yang di isytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan diperketatkan atau PKPD.
Dalam tempoh PKPP ini juga , hampir semua aktiviti sosial , pendidikan , keagamaan, perniagaan , sektor ekonomi dan sebagai nya akan beroperasi semula secara berperingkat dengan pematuhan sepenuh nya kepada SOP seperti mana yang telah diumumkan.
Berikut merupakan senarai kelonggaran yang diberikan sepanjang tempoh PKPP mulai 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020.
Dalam tempoh PKPP ini , hampir semua aktiviti sosial , pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor ekonomi dan sebagainya akan beroperasi semula secara berperingkat dengan pematuhan kepada SOP.
Seperti mana yang diumumkan sebelum ini perkhidmatan gunting rambut dan salun juga dibenarkan.
Pasar terbuka , pasar pagi , pasar malam , pasar tamu , bazaria , medan selera, pusat penjaja , food truck dan gerai makan juga boleh dibuka.
Aktiviti komersial yang melibatkan urus niaga jualan dan pemasaran bukan dalam premis perniagaan juga dibenarkan.
Termasuk dalam senarai yang dibenarkan juga ialah lawatan ke muzium , indoor busking , dobi layan diri , aktiviti perikanan rekreasi termasuk kolam pancing komersial dan penggambaran filem.
Mesyuarat dan Bengkel juga dibenarkan dengan syarat mematuhi sepenuhnya protokol kesihatan dan mengoptimumkan ruang.
Selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi Negara dan tiada lagi sekatan rentas Negeri , aktiviti pelancungan domestik akan dibenarkan
Tan Sri Muhyiddin berkata sejak pelaksanaan PKP dan PKPB penularan wabak Civid-19 di Malaysia kian menurun denga kadar jangkitan dikalangan rakyat tempatan semakin rendah dan terkawal. Banyak kawalan yang telah dikenakan keatas rakyat Jelata . Kerajaan sedar akan tidak boleh mengawal kehidupan rakyat jelata buat selama lama nya bagi menghindari jangkitan wabak ini , kerana rakyat perlukan kehidupan seperti biasa. Kini Kerajaan akan memberikan banyak kelonggaran dengan syarat rakyat sendiri mengambil tanggungjawab secara serius untuk mengamalkan kebiasaan baru dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Ini merupakan kelonggaran yang kedua yang diumumkan selepas PKPB yang bermula pada 4 Mei yang lalu.
Kita akan memasuki fasa normalisasi selepas 31 Ogos 2020 sehingga vaksin untuk virus Covid-19 ini ditemui. Namun di ingatkan juga sekiranya berlaku peningkatan mendadak kes positif dalam tempoh ini , kerajaan tidak akan teragak agak untuk melaksanakan PKPD dikawasan atau Lokaliti yang berkenaan.
SEMOGA NEGARA KITA MALAYSIA BERJAYA MENANGANI WABAK VIRUS COVID-19 DENGAN JAYANYA.
SEMOGA VAKSIN WABAK INI DITEMUI DAN PENDUDUK DUNIA AKAN TERBEBAS DARI MASALAH YANG SENTIASA MEMBELENGGU KEHIDUPAN HARIAN MEREKA.
SAMPAI DISINI , AAMEEN
SEMOGA VAKSIN WABAK INI DITEMUI DAN PENDUDUK DUNIA AKAN TERBEBAS DARI MASALAH YANG SENTIASA MEMBELENGGU KEHIDUPAN HARIAN MEREKA.
SAMPAI DISINI , AAMEEN