Ahli Jawatankuasa PKMT sesi 2017 - 2019 yang juga ahli Jawatankuasa Penganjur Sambutan 80 tahun Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau ( PKMT ).
Presiden : OKK Hj.Kee Ayub bin Kee Abubakar , Timbalan
Presiden : Ismail bin Hj.Awang ,
4 Naib Presiden :1. Hj.Saini bin Saliman 2. En.Rosman bin Hussin 3. Hj.Ahmad Poniman 4. Hjh. Rohaya binti Hj.Yunus ,
8 Ahli Jawatankuasa dipilih:1. Hjh.Aisah binti OKK Hj.Zainal 2. Zainal bin Hj.Talip 3. Basir bin Hj.Yahya 4. Hj.Ramleen bin Ahmad 5. Azmie bin Hj.Wahid 6. Pg.Sabdin bin Hj.Ag.Gani
7. Kamariah @Kay binti Ahmad 8.Hjh.Mardianah binti Shahrun
2 Ahli Jawatankuasa dilantik: 1. Yusof bin Hj.Ahmad 2.
Setiausaha Kehormat dilantik: Tuan Hj.Ramleen Ahmad
Penolong Setiausaha dilantik:
Bendahari dilantik: Hjh.Hindun binti DSP Hj.AB Titingan
PKMT
telah ditubuhkan dalam tahun 1938 oleh OKK Kee Hj.Abu Bakar Kee
Abdullah salah seorang pemimpin Melayu Tawau pada ketika itu. Fungsi dan
matlamat PKMT pada ketika itu adalah untuk menyatupadukan masyarakat
Melayu yang terdiri daripada berbilang keturunan seperti Sulok , Tidong ,
Bugis , Banjar dan lain lain lagi yang telah bermastautin didaerah
Tawau .
Kini
kita telah berada ditahun 2018 bermakna telah 80 tahun PKMT ini telah
ditubuhkan dan sentiasa aktif sejak dari dahulu lagi. Kini Peranan PKMT
telah berubah mengikut peredaran masa dimana penduduk Tawau kian
bertambah dan Institusi Kerajaan juga telah banyak memainkan peranan
membantu rakyat dalam semua segi. Dengan mengadakan Majlis Jalinan Kasih
80 tahun PKMT diharapkan generasi masa kini dapat mengetahui tentang
peranan PKMT yang telah ujud sejak 80 tahun lalu.
Bagi
menentukan program yang diatur dapat berjalan lancar dan teratur
beberapa mesyuarat ahli jawatankuasa telah dilaksanakan untuk
membincangkan pelaksanaan Majlis tersebut. Untuk membantu melancarkan
Majlis tersebut Ahli Jawatankuasa bersetuju untuk mengadakan jualan meja
kepada ahli ahli untuk tabung Kebajikan PKMT dan tabung gerak sosial
PKMT.
Majlis ini diberi nama Majlis Jalinan Kasih 80 Tahun PKMT yang diadakan pada 8 April 2018 di Grandball room Hotel Promenade Tawau. Majlis ini dirasmikan oleh Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah.
Turut memeriahkan Majlis Jalinan Kasih 80 Tahun PKMT dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah yang disambut oleh Presiden PKMT Tuan OKK Hj.Kee Mohd.Ayub bin Kee Hj.Abubakar.
Ketibaan Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan disambut oleh Timbalan Presiden PKMT Tuan Ismail Hj.Awang bersama Pengerusi Penganjur Majlis Jalinan Kasih 80 Tahun PKMT Hjh.Rohaya binti Hj.Yunus bersama Ahli Jawatankuasa yang lain.
Ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Penganjur Majlis Jalinan Kasih 80 tahun PKMT Hjh.Rohaya binti Hj.Yunus. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian para Ahli PKMT untuk membeli jualan meja yang bertujuan menjana tabung PKMT bagi membolehkan PKMT menjalankan aktiviti seperti yang dirancangkan. Ucapan terima kasih juga kepada Ahli ahli yang Berhormat yang sentiasa membantu PKMT dalam merealisasikan Program dan Majlis yang diadakan. Pada hari ini kita dapat bersama sama dengan para sahabat handai serta keluarga dalam Majlis Jalinan Kasih yang dianjurkan sempena 80 tahun PKMT. Banyak lagi program yang akan menyusul yang akan dilaksanakan oleh PKMT.
Ucapan Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan dan seterusnya merasmikan Majlis Jalinan Kasih 80 Tahun PKMT. Beliau amat terharu dan berterima kasih kerana menjemput beliau bagi melaksanakan ucapan perasmian di Majlis Jalinan Kasih sempena 80 Tahun PKMT. Beliau sebak apabila mengenangkan Kekanda beliau Allahyarham Datuk Hj.Tawfiq yang mana sepatutnya beliau lah yang merasmikan Majlis ini kerana Allahyarham adalah Penaung PKMT. Semasa hayat beliau sentiasa sedia membantu PKMT kerana PKMT ini adalah sebahagian daripada sejarah perjuangan orang orang Melayu di Tawau sejak ditubuhkan dalam tahun 1938 lebih lebih lagi ianya melibatkan perjuangan Ayahanda Datuk Seri Panglima Hj.Abubakar Titingan.
Ybhg. Datuk Hj.Nizam berjanji akan berusaha membantu PKMT dalam menjayakan program yang dirancang dimasa akan datang. Beliau juga mengucapkan Tahniah kepada Ahli Jawatakuasa PKMT dan juga Jawatankuasa Penganjur kerana telah berjaya mengadakan Majlis Jalinan Kasih sempena 80 Tahun PKMT.

Perasmian Majlis Jalinan kasih sempena 80 tahun PKMT telah disempurnakan oleh Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan dengan gimik perasmian pemotongan pulut kuning. Turut disaksikan Datuk Seri Panglima Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali , Datuk Hjh.Hamisah bin Samad , OKK Hj.Kee Ayub bin Kee Abubakar , Ismail bin Hj.Awang , Hjh.Ruhaya binti Hj.Yunus dan Hj.Ramleen bin Ahmad.
Pada Majlis ini juga diberikan penghormatan kepada Ahli ahli PKMT yang senior yang pernah menerajui PKMT dan pernah menabur jasa dan bakti . Mereka tetap di ingati dan sempena Majlis Jalinan Kasih 80 Tahun PKMT tidak dilupakan dengan penyampaian Plak , Sijil Penghargaan dan Sumbangan wang tunai.
Penyampaian telah selamat disempurnakan oleh Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan.
Sampai Jumpa lagi ditahun mendatang
end