Wednesday, 23 August 2017

MESYUARAT AGUNG PKMT SESI 2017 HINGGA 2019




Logo PKMT diilhamkan daripada reka bentuk Cupak Sireh yang melambangkan nilai nilai asli disamping melambangkan sikap sikap bersopan santun dalam bermasyarakat, suatu ciri masyarakat Melayu yang terpelihara sehingga hari ini.

Maksud Warna:

HIJAU
Melambangkan keharmonian dan kemakmuran dalam masyarakat Melayu

KUNING EMAS
Melambangkan kedaulatan dan maruah bangsa Melayu

MERAH
Melambangkan perjuangan dan sikap prihatin pemimpin-pemimpin Melayu

BIRU
Melambangkan ketaatan kepada Bangsa, Agama dan Negara

PUTIH
Melambangkan kesucian berteraskan Persatuan kearah Perpaduan


LATAR BELAKANG DAN SEJARAH PENUBUHAN
Seawal tahun 1890an hingga 1902 , bangsa Melayu yang terdiri daripada suku - suku kaum Suluk , Tidong , Bugis dan lain lain suku kaum memang sudah bertapak dibumi Tawau dan hidup bersatu dengan aman damai. Perhubungan yang erat ini terjalin kerana oleh faktor seagama, bertutur dalam Bahasa Melayu dan juga perkahwinan campur tanpa mengira suku. 

Perhubungan dan Perpaduan yang sudah terjalin ini berterusan sehingga bertahun tahun berikutnya. Pada Tahun 1936 anak kepada Kee Kim Swee @ Kee Abdullah seorang Pegawai British iaitu Kee Abubakar bin Kee Abdullah telah dilantik sebagai "Native Chief" atau Ketua Masyarakat ( Ketua Anak Negeri ) yang mana kemudiannya bergelar "Orang Kaya-Kaya (OKK) atau "Native Chief Advisory Counci (NCAC ). 

Dalam waktu yang sama sebuah Persatuan yang diberi nama Persatuan Sahabat Pena  Melayu dikenali sebagai " Malay Club" , yang dipelopori oleh Kee Sulaiman bin Kee Abdullah Abang Kepada Kee Abubakar bin Kee Abdullah. Dengan tertubuhnya Persatuan ini maka bertambah eratlah lagi perhubungan dikalangan orang-orang Melayu di Tawau.Tuan Kee Sulaiman Kee Abdullah pada ketika itu menjawat sebagai Guru di Sekolah Melayu diTawau. Beliau begitu aktif dalam menyatupadukan orang orang Melayu melalui aktiviti Pementasan Bangsawan yang pada ketika itu amat digemari ramai. Disamping itu Persatuan Sahabat Pena Melayu Tawau juga bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan kebajikan, Kebudayaan dan khususnya dalam memelihara serta memartabatkan Agama Islam dan Bahasa Melayu.

Terbentuknya Persatuan Sahabat Pena Melayu Tawau merupakan sebagai titik permulaan tertubuhnya Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau yang dikenal dengan singkatan "PKMT" dengan slogan "BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA RUNTUH". Dalam tahun 1938 dengan rasminya tertubuhlah "PKMT" dan OKK Kee Abubakar bin Kee Abdullah telah dilantik menjadi Pengerusi Pertamanya. Ekoran daripada penubuhan itu maka semua suku kaum seperti Suluk, Tidong,Bajau,Bugis,Jawa,Banjar termasuk juga yang berketurunan Arab , Pakistan, India dan juga suku suku lain yang beragama Islam dianggap sebagai orang Melayu seperti juga di Malaya dikenali sebagai orang Melayu, di Sarawak orang Melayu Sarawak dan di Brunei dikenali sebagai orang Melayu Brunei.

Dengan sikap yang peramah dan lemah lembut tetapi berpendirian tegas , OKK Kee Abubakar bin Kee Abdullah dikenali sebagai "Penghulu" amat dihormati dan disegani oleh orang orang Melayu penduduk Tawau. Semasa menjadi Pengerusi PKMT beliau begitu aktif dalam kerja kerja amal , Majlis Sambutan kedatangan Pembesar pembesar British , mengadakan Kelas Kelas Dewasa, Masjlis Majlis Silaturrahim , Majlis Majlis Keagamaan acara acara Sukan dan Hiburan serta Kebudayaan.

Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau telah diubah namanya kepada Persatuan Kemasyarakatan Melayu Tawau pada tahun 1993 `Kebangsaan' kepada` Kemasyarakatan' supaya orang tidak keliru. Pertukaran ini berlaku disebabkan ketidak aktifan Persatuan ini sejak tahun 1970an akibat daripada pergolakan Politik ketika itu. Hanya pada tahun 1993 diaktifkan semula dengan re-registration yang diusahakan oleh Ybhg. Datuk Haji Kamil bin DSP Hj.Kassim Kamidin yang seterusnya beliau telah dipilih untuk mengetuai Persatuan ini sehingga tahun 2012 kemudiannya diambil alih oleh Tuan Hj.OKK Kee Mohd.Ayub bin Kee Abubakar anak kepada Pengerusi Pertama Persatuan ini. Sekali lagi nama persatuan ini diubah kembali kepada nama asal iaitu "Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau".

PKMT telah mempelopori perjuangan Melayu di negeri ini, tanpa mengira suku dan etnik. Kita teruskan perjuangan PKMT, ia telah berjuang sejak zaman British, perjuangan yang berhemah, tanpa perlu cabut keris tetapi persatuan itu menjadi wakil kepada masyarakat Tawau ketika itu. PKMT berjaya menyampaikan aspirasi masyarakat ketika itu, sehingga PKMT menjadi sebuah persatuan yang dihormati. PKMT dihormati kerana pemimpin-pemimpinnya memperjuangkan semua masyarakat Melayu, bukan kaum mereka. Mereka perjuangkan masyarakat Melayu tidak peduli sukunya,. Jadi kita mahu PKMT teruskan perjuangan. PKMT melahirkan ramai pemimpin, yang mempunyai kebolehan masing-masing. PKMT tidak perjuangkan individu tapi kita memberi komitmen untuk memperjuangkan masyarakat kita.

Nama nama mereka yang pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau adalah seperti berikut:

OKK Kee Abubakar bin Kee Abdullah 
1936-1938 , 1938-1942 , 1947 - 1953

Karim bin Hj.Durahman
1953 - 1956

Datuk Hj.Ampong Kerahu
1956 - 1957

Nordin bin Jamaluddin
1957 - 1963

Hj.Ahmad Kreah
1963 - 1970an

Ybhg.Datuk Hj.Md.Kamil bin DSP Hj.Kassim
1993 - 2012

Tuan Hj.OKK Kee Mohd. Ayub bin Kee Abubakar
2012 - 2014 , 2014 - 2016 , 2017 - 2019  



MESYUARAT AGUNG PERSATUAN KEBANGSAAN MELAYU TAWAU YANG DIADAKAN DI BILIK MESYUARAT CITARASAKU SABINDO TAWAU PADA 20 OGOS 2017 JAM 8.30 PAGI.

Mesyuarat berjalan lancar dengan ucapan dan seterusnya pemilihan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau untuk sesi 2017 hingga 2019;

Presiden : OKK Hj.Kee Ayub bin Kee Abubakar

Timbalan Presiden : Ismail bin Hj.Awang

4 Naib Presiden : 
1. Hj.Saini bin Saliman
2. En.Rosman bin Hussin
3. Hj.Ahmad Poniman
4. Hjh.Rohaya binti Hj.Yunus

8 Ahli Jawatankuasa dipilih:
1. Hjh.Aisah binti OKK Hj.Zainal
2. Zainal bin Hj.Talip
3. Basir bin Hj.Yahya
4. Hj.Ramleen bin Ahmad
5. Azmie bin Hj.Wahid
6. Pg.Sabdin bin Hj.Ag.Gani
7. Kamariah @Kay binti Ahmad
8.Hjh.Mardianah binti Shahrun 

2 Ahli Jawatankuasa dilantik:
1. Yusof bin Hj.Ahmad
2. 

Setiausaha Kehormat dilantik:
1. 

Penolong Setiausaha dilantik:
1.

Bendahari dilantik:
1. Hjh.Hindun binti DSP Hj.AB Titingan

Presiden OKK Hj.Mohd.Ayub bin Abubakar . Timbalan Presiden Ismail bin Awang,Naib Presiden Hjh.Ruhaya binti Hj.Yunus , Naib Presiden Hj.Ahmad Poniman , Naib Presiden Rosman bin Husin dan Naib Presiden Saini bin Saliman

Jawatankuasa yang terpilih untuk sesi 2017 hingga 2019 akan meneruskan kesinambungan perjuangan membela Agama, Bangsa dan Negara.





COVID - 19 NOVEL CORONAVIRUS 2019

Tempoh hayat Covid-19 ini hanyalah 14 hari sahaja , tetapi jika ia berpindah ke badan lain ia akan memanjangkan tempuh hayat Co...